DAPATKAN "BABY SOFT LIPS" DENGAN MUDAH DIRUMAH




SELFIE memang satu trend yang HOT sekarang ini. Kemana dan dimana saja kita mesti mahukan "KLIK"yang sempurna dan terbaik untuk gambar yang HEBAT kan. Walaupun wajah cantik dan berseri, jika BIBIR kita pecah dan kering, gambar tersebut masih tidak akan sempurna. betul tak? Jadi BIBIR cantik mulus bak BABY juga adalah sama penting dengan solekan wajah yang sempurna.


Terdapat banyak produk yang terdapat di pasaran yang mendakwa  boleh memberikan bibir lembut tetapi alangkah bagusnya jika kita boleh mendapatkannya secara semulajadi.

Bibir bermasalah akan mempunyai isu-isu berikut:
1. Kemerahan
2. Mengelupas kulit
3. Kekeringan
4. Pecah (Cracking) 
5. Bibir bengkak

Sebab bibir bermasalah biasanya disebabkan kekurangan vitamin, pendedahan cahaya matahari, reaksi alahan, merokok, menjilat berlebihan bibir, dehidrasi, reaksi alergi dan cuaca tidak menentu.

Jadi, bagaimana kita mahu elakkan bibir daripada menjadi kering dan pecah-pecah?

* Minum banyak air: Ya, bekalan air yang cukup untuk badan adalah sangat penting bagi menjaga bibir kita sentiasa sihat dan mengelakkan ia daripada menjadi kering terutama pada musim yang tidak menentu.

* Vitamin: Cuba lihat jika kita mempunyai cukup Vitamin B, zat besi atau mungkin kekurangan asid lemak, kerana ini boleh menyebabkan bibir kering dan merekah. Boleh cuba ambil "PINKYLICIUOS"atau "BLINQ BEAUTY DRINK" untuk penambahan bekalan vitamin terbaik untuk kulit dan badan.

*Menjilat bibir anda: Menjilat bibir cenderung untuk membuat bibir kering ya, jadi mari kita cuba mengawal tabiat ini.

* Exfoliate (bersihkan) bibir: Semasa pengelupasan, kulit mati akan dikeluarkan dari bibir kita dan ia yang akan membuat bibir kita lembut bak baby. Kita boleh menggunakan petroleum jelly selepas pengelupasan bibir. Kita boleh juga menggunakan berus gigi atau menggunakan scrub bibir untuk membantu proses exfoliation ini. Ini akan membantu membuang kulit mati sepenuhnya.

* Bawa pelembab bibir (lip balm): Setiap kali  pergi mana-mana pastikan kita mempunyai lip balm yang baik dan sesuai. Melabur dalam lip balm berkualiti dan sentiasa menggunakannya boleh  mengelakkan bibir kering dan pecah-pecah. Lagi bagus jika kita gunakan lip balm ini sebelum menggunakan gincu (lipstick)


Di bawah ini Kak Sue kongsikan sedikit RAWATAN DIRUMAH yang  mudah untuk merawat bibir pecah-pecah dan kering:

* Madu: Sebagai pelembap yang sangat baik, madu sangat baik untuk digunakan pada bibir. Hanya oleskan madu pada bibir anda dan urut pada bibir.

Image result for madu

* Gliserin: Gliserin adalah agen pelembab yang sangat bagus sebab itu  ia digunakan dalam kebanyakan produk bibir. Kita boleh juga meletakkan gliserin terus pada bibir atau gabungkan ia dengan beberapa titik madu, terutamanya jika kita mempunyai bibir yang sangat kering.

Image result for gliserin malaysia

* Ghee atau minyak sapi: Ambil sedikit minyak sapi dan campurkan dengan sedikit garam dan sapukan pada bibir yang pecah-pecah. Ia membantu dalam penyembuhan bibir pecah-pecah dan melembapkan ia pada masa yang sama.


* Krim Susu: Krim Susu juga sangat berfaedah. Hanya ambil sedikit krim susu dan sapu terus pada bibir.

Image result for milk cream malaysia

* Mentega : Juga salah satu cara yang Kak Sue selalu gunakan, terutamanya semasa travel. Bahan paling senang untuk didapati di hotel. boleh je ambil satu masa breakfast kan... hanya oleskan pada bibir dan biarkan.

Image result for small butter packets

* Petroleum jelly: Petroleum jelly adalah cara yang paling mudah untuk menyembuhkan bibir yang kering merekah. Gunakan petroleum jelly yang asli dan sapukan pada bibir, boleh juga dijadikan sleep mask untuk bibir. pasti bibir kita akan super lembut dan licin bila bangun dari tidur nanti.

Image result for natural petroleum jelly 

Bibir kita adalah ciri yang sangat penting dalam wajah sebab itulah kita perlu menjaganya dengan baik.

Love,
Kak Sue

There was an error in this gadget